The Author

Hai,
Assalamualaikum.

Aku mulakan disini dengan sebuah senyuman untuk kamu

Nur Syahirah
Kuala Terengganu, Malaysia
Siswazah | Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)

Selesa disapa IRA untuk ringkasannya. Aku kormesialkan nama IRAZULKEFFELE di setiap laman media sosial yang aku sign up atas sebab tersendiri. Kenapa? Lebih kepada alert media memudahkan orang kenal, tahu dan ingat nama aku dan abah. Aku ni sangat sensitif okey bila ada yang salah taip atau tulis nama aku, bantai ikut suka sesedap rasa dia je. Lagipun aku rasanya nama tu rare. Satu dalam sejuta je kot. Kau hado?

Dilahirkan pada 07 Mac 1995 bersamaan 05 Syawal 1415H, Selasa. Yang berhajat nak pos hadiah boleh pm tepi nanti aku kasi alamat 🙄(okey ini gurau kasar). Aku ada mix uolls, abah aku Terengganu ibu aku Johor. Mixed la tu. Alahh gelabah je kau. Aku orang Malaysia, anak jati Terengganu tapi dibesarkan merata negeri dan daerah. Sebab tu jugak siapa yang kenal aku sangat perasan dengan slang aku dan payah lah nak dengar slang pantai timur pior tu. Pernah jugak sejenis mulut-mulut longkang mengata aku ni "ajet-ajet keyel". What theeeeee! 

In characters? Susah untuk senyum dan mulakan persahabatan baru dengan orang baru. Kena yang sana approach baru yang sini go hehe. Tapi aku mudah dibuat kawan jika aku rasa betul-betul selesa dan selamat dan sekepala. Oh ya perwatakan aku dalam socmed dan reality sangat berbeza okey. Dissociative Identity Disorder, aku adalah salah sorang daripadanya. Okey tipu! 

Sejenis yang tak mudah percaya orang. Hanya beberapa saja yang bertuah yang berjaya mendapatkan kepercayaan aku. Tapi, incase sekali dah buat hal SAY NO MORE. Sangat sensitif orangnya dan suka overthinking melangit dan kuat cemburu tapi tak suka tunjuk obvious. Aku jugak seorang 5P. Perahsia. Pendiam. Pemendam. Pendendam (tertakluk T&S). Penyimpan (jawatan tak terlantik sebagai penyimpan mohor besar kawan-kawan yang sepastinya selamat denganku) LOL 💁

Facts about me? Seorang yang ada "empat mata" tapi tetap berlagak seperti dua mata (if you know what I mean). Sukakan cabaran, dan aktiviti yang lasak. Perangai aku ni memang kasar dari kecil no wonder sampai sekarang kasar tu dah serap sebati. Kalau tak percaya, try me. Cuma ayu sopan dan santun tu ada lah sikit nak bandingkan dulu-dulu hew. Macam mana aku sayang diri aku macam tu lah jugak aku sayang kucing-kucing aku. Yes, I am a true ailurophile. Aku jugak suka mencuba, orang kata trial and error. Dan sedang memasang angan-angan besar untuk jadi seorang pengembara. Why not haaa, berangan itu percuma.

Turn-ons? Kepala masuk air and having a sense of humor. Pandai bawa diri. Pegang pada janji. Berfikiran terbuka. Pecinta kucing. Sukakan cabaran. Kaki travel. And we can be a perfect match 😎

Turn-offs? Perokok. Tak jujur dengan diri sendiri. Bajet bagus (itu ini semua dia je lah betul). Cepat sentap yang tak boleh dibawa berbincang. Berkawan untuk sesuatu kepentingan. Sweet talker. Gedik tak kena tempat. Oh please, cannot go lah aku 😒

Dah kenal siapa aku? Suka atau tidak, aku adalah aku bukan orang lain. Tak kenal maka tak cinta. EH.

Buat masa ni, writing is my part-time. Aku mula dengan blog sejak tahun 2012 untuk suka-suka. Orang lain sibuk nak SPM aku sibuk nak edit blog dan merepek merapu bagai. Aku namakan title blog ni MEANT TO BE dan sememangnya ia bukan nama blog yang pertama, tapi mungkin untuk yang terakhir dan selamanya. Kenapa Meant To Be? Sebab ia sangat sesuatu. Satu perkataan yang simple tapi membawa sejuta makna.

I hope you will enjoy reading my blog as much as I do ❤

© MEANT TO BE. Design by FCD.