RESEPI | SAMBAL KETUK PETAI

25 August 2017

RESEPI | SAMBAL KETUK PETAI

Ini kisah petai. Itu hari beli petai dengan budak pejabat. Pakcik dia yang jual, lima papan RM3.

Murah la kan. Ke ada yang jual lagi murah?

 Disebabkan aku tak makan petai aku buat tak tahu je bila dia tanya secara rawak siapa yang nak beli (kira macam pre-order lah). Bila fikir-fikir balik macam murah la pulak dia jual, aku pun try whatsapp ibu tanya nak beli ke tidak. 

Agak-agak apa jawapan ibu? Mestilah nak. Sekali angkut sepoloh papan kau 😏

Maka, terjadilah resepi simple SAMBAL PETAI KETUK dengan cara penyediaannya semudah abc.

Bahan-bahan :
RESEPI | SAMBAL KETUK PETAI
*1 cawan Ikan bilis | digoreng garing
*2 ulas bawang merah | digoreng layu
*5 biji cili padi | digoreng layu
2 papan petai

Caranya :

Tumbuk satu persatu bahan menggunakan batu lesung
(tumbuk lumat cili padi + bawang merah, tumbuk kasar ikan bilis dan petai)

Gaulkan sekali sehati sejiwa semua bahan

Siap!

Bagi yang tak tahu pemenda sambal ketuk ni, haa ni makanan tradisi orang jawa ye. Ikan bilis adalah bahan wajib kot. Ada orang suka letak belacan. Ada jugak yang suka perah limau kasturi. Macam macam cara weh ikut selera anak tekak memasing. 

Ketuk means tumbuk. Orang Johor kalau tak tahu memang malu. Aku bukan anak Johor sejati tapi darah yang mengalir ada mixed Johor hokeyy hihi. Sedap kalau makan dengan nasi panas ada pulak lauk bening atau sup. Pehhh menambah pinggan la ceritanya.

Selamat mencuba.

6 comments

  1. tak pernah rasa lagi sambal petai ketuk ni. Thank you share resepi :) Boleh cuba nanti :D

    Fatina | www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Ok boleh cuba letak petai. Kak ana selalu makan tanpa petai tu ira. Sedap dah. Ni kalau ada petai confirm sedap lagi kan.

    ReplyDelete
  3. alahai iraaa.. sedapnya.. busyra slalu buat sambal ketuk. tp belum pernah try msukkan petai.. nnti boleh cuba.

    ReplyDelete
  4. Fuhhhh menggodanya... tak tau mana lebih menggoda, sambalnya atau petainya... craving!!!!

    ReplyDelete
  5. dia punya resipi macam sambal jawa cuma tambah petai dengan halia lah. Nanti nak try lah buat :D

    ReplyDelete
  6. Akak tak makan petai. Hihi. Tapi kawan akak ada sorang tu suka sangat petai. Makan dah jadi macam sayur jadinya. Hehe

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.