RESEPI BUJANG | BUBUR LAMBUK

18 August 2017

RESEPI BUJANG | BUBUR LAMBUK
Memandangkan hujung minggu je minggu yang ada untuk aku menelaah skill memasak aku yang tak berapa nak kukuh ni dengan ibu dan maka terjadilah resepi bujang ni hehe. Bubur lambuk memang banyak versi ikut negeri kan? Yang ni aku tak tahu lah ikut negeri mana punya stail so aku namakan resepi

BUBUR LAMBUK NEGERI SUKAHATI AKU LAH 🙈 

#JANGANKECAMSIS

Bahan-bahan :
1 pot beras | bersihkan dan direndam 4 cawan air
¼  ekor ayam | dipotong dadu 
*½ biji bawang merah | dicincang
*2 ulas bawang putih | dicincang
*2 inci halia | dititik
1 sudu makan rempah sup 
1 kiub pati ayam knor (atau apa brand pun)
1 keping asam keping
1 kotak santan kotak
1 cawan air 
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa

Hiasan (opsyenel)
Telur dadar hiris
Bawang goreng
Daun sup
Cara Buat :

Panaskan minyak dan tumis tiga bahan yang bertanda bintang (*)  sehingga naik bau.

Masukkan rempah sup dan kiub pati ayam, kacau sehingga hampir kering, baru masukkan ayam. 

Kemudian masukkan air, santan dan asam keping. Kacau sekata.

Masukkan beras bersama air rendaman dan semua bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk nasi elektrik (jangan lupa buka suis periuk ye hihi)

Kacau dan tunggu sehingga nasi kembang pekat menjadi bubur dan tambah air jika perlu.

Bila air agak kering dan bubur dah pekat elok padamkan suis, masukkan garam dan lada hitam (ikut tahap deria rasa memasing suka pedas masuk jelah sebotol)

Untuk nak bagi nampak bubur lambuk tu meriah, masukkan bahan hiasan tadi ke dalam bubur dan kacau (part ni boleh ikut kreativiti memasing)

RESEPI BUJANG | BUBUR LAMBUK
Siap untuk dihidang. Kasi strong tone sikit. Okey done publish.

Selamat mencuba.

11 comments

  1. Sedapnya nampak ira. Terliur kak ana. Lagi2 ada telur dadar. Tak leh nak tolak kalau ada depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe memang pun kak, telur dadar tak sampai sejam pun dah licin

      Delete
  2. Uishhhhhh macam sedap ja ni. Teringin nak rasa resepi bujang ni heheh.

    ReplyDelete
  3. dapnye bubur lambuk... lama dh x makan.. biasanya bulan pose jerk la dpt makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beli selalu tak puas hati ada je yang kurang buat sendiri puas hati sikit hehe

      Delete
  4. nampak macam sedap , teringat bulan ramadhan pulak , selalu banyak bubur lambuk dihidangkan sebagai moreh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni CCL boleh la try buat sendiri :D

      Delete
  5. Replies
    1. Teringan? ingin+ingat ke macam mana tu? heeee

      Delete
  6. Sedapnya bubur lambuk. Masa bulan puasa je biasanya makan bubur ni :)

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.