BLOGGER TEMPLATE : STILL INTO YOU GRID

24 August 2017

Blogger Template : Still Into You Grid

Seminggu lagi Ogos akan sampai ke penghujung bulan dalam sedar tak sedar dah nak habis tahun lagi dah kita ni hmm. September sangat aku nantikan kedatangannya sebab banyak cuti yang menunggu dan aku tak perlu nak protes monyok bangun tiap pagi untuk bersiap hihi. Macam budak sangat perangai. So what? I just need a break from everything for a little while. Stresssssssss!

Okey habis luahan hati sendu. 

Ehem, masuk awal bulan 8 haritu template blog aku bertukar wajah dan rupa. Lagi. Ye memang takde yang perasan dan orang ambik kisah pun. Okey fine. Whatever, nak jugak publish cerita ni buat kenang-kenangan sebab aku rasa ini pencapaian pertama aku memberanikan diri untuk cuba template blog responsive BERBAYAR. Fuhhh habis fikir sebenarnya sebelum setuju, nak beli ke tidak. Berbaloi atau merugikan?

< REVIEW >
Yang penting GRID LAYOUT masih kekal sebagai pilihan. Sebelum ni pun aku gunakan grid layout tapi template percuma. Aku tak tahu kenapa aku suka sangat dengan something yang grid look. Ini pandangan peribadi aku. Nampak kemas tersusun dan tak serabut mata memandang kot. Yang tak bestnya dengan template sebelum ni ada certain part yang aku sangat tak berkenan dan dah mati akal nak cari cara penyelesaiannya. 

Blogger Template : Still Into You Grid
Photonic Template (FREE) : layout yang aku gunakan sebelum ni.

Untuk rupa wajah template terbaru? Sila menjelajah dengan sendirinya diruangan ini hihi.

So far so good. Untuk template baru ni aku masih dalam mood berpuas hati sepanjang tempoh trial and error aku untuk sebulan ni (biarpun memang dah beli). Walaupun ada sikit je lagi perubahan yang aku inginkan dan masih mencari idea untuk menelaah dan ubah codenya. Almaklum lama tinggal kelas programming dah naik berkarat otak duk perhati ulat ulat coding ni satu persatu. Dengan masa aku yang tak berapa nak ada lagi nak customize blog dengan seeloknya. Tabah ajelah.

Perubahan yang diperlukan...
  • Ubah kedudukan navigation bar di atas header secara top statik (tak nak dia gerak atas bawah)
  • Ubah hover dan text pada categories grid label (nak cursor hover dulu baru keluar text title)
  • Ubah keseluruhan font text blog (masih mencari jenis font yang sesuai)
  • Fixed kan balik semua size gambar posting entry dan ubah+edit watermark (yang ni kalau rajin lah)

< TEMA >

Blogger Template : Still Into You Grid
Creature Color : Idea Insiprasi untuk kontra warna

2017 tahun yang aku sangat obsess dengan something yang orang panggil earthtone or pantone color. Tone color yang nampak ala ala mocha cream takpun harvest gold atau peach yellow. Yang soft ceria. Yes sumpah sangat cantik di mata aku (hmm tahun depan mungkin dah berubah minat warna). Ada yang kata taste aku sekarang ni warna orang tua. Buruk. Hey, do I care?

Pink lembut atau orang kata pink pastel warna asal untuk hover link blog ni tapi aku dah tukarkan kepada creature color. Boleh kan? Header dan watermark aku pun kalau perasan based color dia berunsur sebegitu rupa ada kelabu sikit hitam sikit sama macam idea kontra tu hehe. Okey tak korang rasa? Obses sangat dah ni 🤦

< TERJEBAK >
Macam mana boleh terbuka hati nak "cuba-cuba" beli template berbayar? Jeng jeng jeng. Ada idola yang cuba menghasut secara halus. Halusssss permainannya haha. Okey tipu. Sebenarnya aku ter "inspirasi" dengan BLOGGER SIQAHIQA yang selalu berkongsi tentang layout dan website template kegemarannya. Aku suka baca. Dari situ aku pun sama terjebak dan berminat usha-usha template yang ada dari website ETSY & PIPDIG (website kegemaran Kak Siqah). Pada mula aku memang sekadar tengok dari jauh datang lepak sukasuki je kat sana, entah macam mana lama kelamaan rasa macam terhasut dengan diri sendiri. 

“NAK TRY BELI JUGAK LAH”

Bila dah datang niat nawaitu macam tu, nak tak nak memang kena TERPAKSA beli satu. Selagi tak beli selagi tu dia duk berlegar dalam kepala dan tak senang duduk dibuatnya. Perangai sangat.

Pilih punya pilih aku tertarik dengan template yang aku gunakan sekarang, Victoire Template by FearneCreativeDesign. Template yang aku guna ni dari ETSY sebab situ je yang sesuai dengan ekonomi poket aku sekarang kahkah. PIPDIG banyak jugak yang cantik tapi mahal. Tak mampu hakak. Lagipun ETSY bagi paparan harga terus dalam matawang MYR berbanding PIPDIG dalam matawang USD. Sekali exchange rate telan ailioq je mampu.

Yang paling penting...

Terima kasih sangat sangat dan sangat kepada Kak Siqah kerana akak, ira berjaya untuk dapatkan dan miliki template ni. Eceyyy.

Orang pertama yang tahu niat aku nak tukar template hehe. Mulanya segan plus takut jugak nak minta pendapat dan bantuan dari Kak Siqah takut lah kot mengganggu masanya atau Kak Siqah rasa terganggu, tapi disebabkan aku tak tahu lagi nak rujuk siapa aku tebalkan muka jelah DM instagram Kak Siqah 🙈 Sangkaan atau orang kata first impression aku jauh terpesong. Serius Kak Siqah memang sangat membantu. Touching ! Sista, if you read this post, me is sending you a virtual hug 💋👼

Okey panjang sangat dah bebel ni.

Harapan aku, lepas dah beli template ni akan konsisten jelah dengan satu template tak ada nak ubah ubah lain lagi setiap bulan. Benda berbayar kot. Baru tahu erti menghargai sikit kan haha. Kalau jenis gatal tangan jugak nak ngubah main la code-code yang ada sampai muntah.

Esok Jumaat. Means? Friyaaaaaay for me lah. Have a good day everyone.

4 comments

  1. tak suka sangat grid look dekat blog sendiri tapi suka tengok blog orang guna template ni. Btw, cantik template baru ni :D

    ReplyDelete
  2. busyra before ni ada beli template berbayar. tp smpai skrng tak guna. haha. sbb mcm stress bila apply di blog kita x lawoooo. huhu

    ReplyDelete
  3. wahh dah upgrade ke template berbayar...exclusive! comel fox tu,,,gabungan warna yang ceria !

    ReplyDelete
  4. Akak baru baca Ira <3 Seronok bila akak boleh membantu. Tak banyak membantu pun nanye. Hehe. Dan akak suka grid style dan of course minimal template.

    Cantik template Ira <3

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.