5 KAEDAH UNTUK KURANGKAN KUNING BAYI (JAUNDICE)

22 August 2017

5 KAEDAH UNTUK KURANGKAN KUNING BAYI (JAUNDICE)
Kahwin belum, beranak pun belum tapi tetiba beria nak cerita pasal kuning bayi bagai dah kenapa? Bertenang rakyat jelata, maklumat yang baik elok untuk dikongsi bersama. Tak gitu? Haa biasa lah tempat aku bekerja sekarang majoriti dah kahwin dah jadi mak pak budak. Dengan secara automatiknya aku pun dah macam terjoin kelab jugak cuma bezanya anak mereka orang, anak aku kucing dan anak-anaknya. 

Eh di kira anak jugak kan? 

Aku sebagai orang bujang mampu dengar sembang tepi ajelah bila mak bertemu mak ini bercerita pasal anak mereka. Part paling aku suka bila mak mak ini berkongsi pasal tips atau petua dari pengalaman mereka sendiri. Topik terbaru yang diboraknya mereka pasal "baby kuning" atau dalam bahasa doktor JAUNDICE. Rasa macam rugi pulak kalau tak catat awal netau berguna untuk aku di masa hadapan. Cewahhh! Bertambah ilmu keibuan aku hahaha.

Kata mereka asalkan baby selalu berak atau kencing semasa kuning, dengan izin Allah akan berkuranglah bacaan kuning baby. Nak tunggu baby ni "yakk" bukan boleh disuruh dipaksa sesuka hati tapi ada cara dan ikthiarnya pulak. Disebabkan aku rasa nak ada anak sendiri ni macam makan tahun lama je lagi, aku remark je sini dulu 5 KAEDAH UNTUK KURANGKAN KUNING BAYI (JAUNDICE) dan berharap akan membantu jugak untuk bakal mak ibu mama umi mummy di luar sana hihi.

KAEDAH 1 : Susu Badan (Breastfeed)
Fakta yang selalu kita dengar atau baca tentang faedah dan kebaikan susu ibu untuk si bayi. Selain mengeratkan “bonding time” si ibu dan anak , sebenarnya susu ibu mampu memberi perlindungan daripada bakteria jahat dan membantu si bayi membesar dan berkembang dengan baik sekali selama enam bulan pertamanya. Jadi tak hairanlah dengan susu ibu ini mampu kurangkan kuning bayi.

Caranya : kerapkan memberi si bayi susu badan setiap satu atau dua jam.


KAEDAH 2 : Anggur Merah/Hitam
Selama ni tahu kunyah je anggur tapi tak tahu kebaikannya. Antara kebaikan anggur adalah bertindak sebagai anti-bakteria dan  baik untuk pencernaan kerana kandungan serat yang tinggi.

Caranya : Lenyek dan ambil jus anggur kemudian suapkan beberapa titis dari sudu kecil ke dalam mulut si bayi.


KAEDAH 3 : Air Kelapa Muda
Selalu dengar orang tua kata nak anak kulit cantik masa dekat-dekat nak bersalin minum air kelapa. Tak tahu sejauh mana kebenarannya. Yang pasti selain berkhasiat untuk si ibu semasa mengandung semestinya berkhasiat jugak untuk si bayinya.

Caranya : Suapkan beberapa sudu atau letakkan separuh botol air kelapa ke dalam botol si bayi.


KAEDAH 4 : Sengkuang Cina
Rupanya kecik je dan aku rasa dekat supermarket Giant atau Tesco ada jual dekat bahagian sayuran. Cari sendiri lah. Selain sedap dibuat rojak atau minum semasa sejuk, dari jusnya tu juga elok untuk rawat kuning bayi.

Caranya : Parut sengkuang cina dan ambil jusnya kemudian suapkan beberapa titis dari sudu kecil (pastikan jusnya ditapis dulu untuk elak dari hampas sengkuang).


KAEDAH 5 : Pokok Dukung Anak
Nama saintifik untuk pokok dukung anak adalah ‘phyllanthus niruri’ atau ‘Euphorbiaceae’.  Mana nak cari pokok ni? Sebenarnya tak susah pun,  cari je dalam semak atau tepi pasu pokok bunga atau longkang mesti jumpa punya. Bukan sebarang pokok ye rupanya ada khasiat yang tersembunyi yang ramai tak tahu (termasuk aku).

Caranya : Rebus pokok dokong anak dan mandikan si bayi dengan air rebusan tadi 2 kali sehari.
5 KAEDAH UNTUK KURANGKAN KUNING BAYI (JAUNDICE)

Ni gambar yang aku google rupa pokok dukung anak. Kalau google tipu aku bermakna aku tipu korang jugak lah. Hihi.

P/s : Mungkin ada sesetengah kaedah tak sesuai denga bayi korang. Ikthiar dari kita untuk si bayi, selebihnya kesembuhan datangnya dari Yang Maha Penyembuh (Asy-Syaafi) ❤

Kalau ada petua atau kaedah lain lagi, jangan malu jangan segan untuk share kat ruang komen okey?

Till here.

4 comments

  1. Doktor mintak selalu menyusukan baby ^^

    ReplyDelete
  2. Kak ana guna tips 1 tu je. Cuma lambat sikit lag turun jaundice tu. Baru2 anak buah kak ana kena jaundice juga. MIL rebus daun kucai dan mandikan baby dgn air rebusan tu. Alhamdulillah menjadi.

    ReplyDelete
  3. kalau dulu nenek suka jemur bawah matahari tapi sekarang tak boleh dah hahaha

    ReplyDelete
  4. Comelnya gambar baby tu <3 Sekarang newborn baby ada je photography kan. Semua comel <3

    First time akak dengar Pokok Dukung Anak. Hihi. Tak pernah nampak in real life lah. If Google tipu Ira, means Google tipu akak jugak lah. Haha.

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.