SETIAP RUMAH WAJIB ADA 5 KEPERLUAN INI

29 July 2017

Setiap Rumah Wajib Ada 5 Keperluan Ini
Minggu yang sedikit huru hara untuk aku hadap dan sebenarnya masih belum dapat diselesaikan. Beberapa kejadian yang membuatkan aku terfikir serius talk wehh tak boleh hidup aku kalau tak ada benda ni. Haaaaaaa drama sangat kan ! Sebenarnya kalau ikut logik korang mesti akan kata 

"Halaaaaah tu je masalahnya? Small matter."

Tapi bagi aku pulak,

HEY, INI SATU MASALAH BESAR BOLEH BAWA GADUH TAU!

Aku akan pastikan bila aku dah ada rumah sendiri atau rumah bakal laki ke. Aku akan pastikan sepastinya 5 keperluan ni akan turut bernyawa sekali dalam rumah tu. Kalau tak heh sori naik lori. Eh demand nau kau iraaaa !

#01 Washing Machine - fully automatic
Washing Machine - fully automatic
Dobi ada apa yang susah sangat? Ye memang betul tapi bagi aku lebih selesa kalau memiliki mesin basuh sendiri kat rumah. Kalau mendobi kena tunggu baju perap dua minggu dulu baru boleh penuh mesin dobi tu. Memang tak ada baju lah aku nak pakai kalau nak kena tunggu berminggu baru boleh nak basuh. Kalau ada mesin sendiri ni nak basuh hari-hari ke tiap jam ke takda masalah. Kalau mendobi duit minyak kereta lagi duit dobi lagi. Eh banyak pulak duit yang keluar disitu. Hmmm.

#02 Iron
Iron
Selalunya kalau aku nak buat hotel online bookings, perkara pertama yang aku akan tengok pada facilities mereka ialah IRON. Kalau dah sampai tahap servis hotel pun aku mengharapkan dia sediakan apatah lagi untuk rumah sendiri. Wajib kena ada ! Aku ni jenis orang yang confident diri tak tetap. Boleh jadi sekarang level confident aku 100% max tetiba boleh turun kepada 1% min. Ini kan pulak nak keluar rumah dengan baju tudung berkedut seribu. Memang idoklerrr. Cuma, kadang-kadang kalau aku dah malas tahap syaitonirajim aku memang punggah almari lah cari baju yang less-iron atau yang tak nampak seinci kedutnya. Bijakkan aku hihi.

#03 Refrigerator
Refrigerator
Sebenarnya untuk waktu dan ketika ini sedang aku menaip entri ni aku taklah rasa peti ais sesuatu yang penting sangat sebab dalam tu lagi banyak barang ibu berbanding aku. Ngeee. Cuma untuk masa jangka panjang masa depan aku percaya yang peti memang akan jadi sesuatu yang terpenting lah. Segala benda basah kot nak disumbat dalam tu. Takkan nak letak ayam ikan sayur bawah saji je? Buruk layu lah dek oi.

#04 Oven / Rice Cooker
Oven / Rice Cooker
Yang ini mungkin tak valid untuk mereka yang hari-hari makan kat luar. Jangan kecam 🙈 Aku pulak jenis kedekut kalau hari-hari nak keluar duit nak menapau uihh kuruslah purse iolls hihi. Oven atau rice cooker, mana-mana satu ada pun dah okey. Kalau incase bakal rumah aku tu tanpa dapur gas pun. Ini perancangan untuk jangka masa pendek jelaa. Aku pilih oven sebab aku ni suka mencuba baking something so mungkin sangat memerlukan nanti. Untuk masak apa-apa lauk pun boleh dengan oven kan? Kalau ada rice cooker saja pun dah boleh dikira serbaguna kot. Halahhh, tipulah tak pernah buat masa belajar dulu goreng nugget, rebus telur, tanak nasi  dalam rice cooker. Haa apa lagi? Cuba terhad tak macam oven lah. Multi-function giteww.

#05 Airrrrr !
Air
Antara air atau elektrik aku mungkin akan pilih air. Payah oi kalau rumah takde air. Serba serbi kerja rumah tak jalan. Baju tak basuh berbukit. Pinggan mangkuk bertenggek dalam sinki. Paling stress bila terjadi gangguan bekalan air, dan lagi bertambah stress bila dorang buat kerja tapi tak keluarkan notis awal-awal. Terkontang kanting pulak kita ni nak tadah air tengah tengah takde air. Dan dan time tu jugak lah perut nak meragam nak yak lah apa lah. Ayokkkkk !

TAPI..

Kalau takde elektrik, macam mana pulak washing machine, iron, refrigerator, oven dan rice cooker nak ON. Nak cucuk celah mana nak dapakan arus elektrik tu? Ahhh senang-senang cerita

AIR DAN ELEKTRIK TERMASUK KATEGORI WAJIB

Makna kata, dari sekarang aku dah kena fikir cara macam mana nak pastikan keperluan ini akan wujud bila waktunya sudah tiba. Kepada bakal encik suami (yang masih sesat menuju melalui google maps) jangan risau aku tak akan kerah kau untuk belikan semua untuk aku secara paksaan pun. Aku yang nak pakai aku ikthiar lah sendiri. Eh tetibo emo. Hahaha. Just kidding !

Korang pulak, apa keperluan rumah yang korang tak boleh kalau tak ada?

Sharelah sini sekali. 

Kbye.

13 comments

  1. Water heater dan aircond wajib ada. Huhu. Air dkt rumah kak ana sejuk sebab air bukit. Rumah batu panas mmg kena ada aircond :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pagi hari memang mencari la water heater tu kalau tak mandi p.ramlee kak ana sekeluarga hehe

      Delete
  2. Betul semua tubkeperluan utama Dalam rumah.. termasuk juga elektrik

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat sangat!!!! Hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib kena setuju kak Mai oi kihkihhh

      Delete
  4. oven microwave je takde lagi. Bulan depan baru nak beli hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh seronoknya dengar, dah ada rumah sendiri ye? Jelous ni hehe. Goodluck !

      Delete
  5. semuanyaa penting kan iraaaa.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul :3 Dah kena menabung sekarang ni ahahaha

      Delete
  6. dah semestinya tv! aihhh kalau tak ada tv makan pisang jelah hari hari dekat rumah hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi ira TV takdak takpe jangan phone takdak huhuhu

      Delete
  7. Akak takde washing machine. Hehe. Sebab balkoni rumah akak kecik, malas nak sidai situ. Lebih suka pergi dobi 24jam siap kering sekali. Hehe. Tapi sekarang macam dah makin malas nak pergi dobi. Rasa nak beli jugalah mesin basuh 😅

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.