KFC'S ZINGER DOUBLE DOWN & COOLBLOG'S OREO SMOOTHIES SERIES - CRAVING SATISFIED

28 July 2017


Zinger Double Down and Oreo Smoothie Series Review

Baru-baru ni viral dalam twitter yang KFC dan COOLBLOG ada keluarkan new listing produk mereka. Fuhh aku pun apa lagi. Sanggup je berhabis bila anak tekak dah mula mengidam dan tengok je duit mengalir macam air bila berkait bab makanan hihi.

Aku memang kuat makan tapi badan aku maintain sekeping. Kalau harini naik dua kilo esok lusa mungkin turun empat kilo. Kau ghaase? Untung jadi aku sebab makan je tanpa risau kes kegemukan walaupun hakikat lagi banyak orang duk kata “makan lah banyak sikit ira”. Blerghhhh debik nak.

Please tell me, I’m not alone?

So, harini aku nak review lah sikit apa yang hebat sangat kan dengan dua menu terbaru mereka ni sampai viral sangat tu.

KFC'S ZINGER DOUBLE DOWN 

Zinger Double Down and Oreo Smoothie Series Review

Yang ni aku ambik set punya untuk dua orang makan. Dalam satu set hanya ada double down burger, minuman bergas dan fries. Sebenarnya yang aku ambik ni bukan set original lah sebab aku dah tukar minuman bergas kepada sjora tambahan pulak mash potato dan coleslaw set besar. So akan ada sedikit penambahan harga disini. 

Jangan terkejut kalau sesetengah branch di tempat korang dia tukarkan fries kepada cheezy wedges atau wedges sebab memang ada berlaku. Apa yang aku boleh katakan bertuahlah insan tersebut hehe.

Zinger Double Down and Oreo Smoothie Series Review

Harga untuk satu set Zinger Double Down Burger ialah RM 14.50 manakala untuk ala carte (tanpa minuman dan fries) adalah RM 10.90. So kat sini, aku rasa macam tak rugi kot kalau ambik set sebab kena tambah RM 3.50 aje dapat air terus. Bagi pendapat aku lah pendapat korang aku tak pasti la camne.

ALL MEAT NO BUN. Memang top to toe la orang kata semua isi ayam tanpa roti. Hidangan filet zinger-mayonis-kepingan ayam-kepingan keju-sos keju-filet zinger. Daging ayam daging ayam daging ayam. Fuhhhh! Dah macam iklan tak berbayar pulak.

Zinger Double Down and Oreo Smoothie Series Review

Nah kasi close up sikit. Bahawa percaya lah sambil menaip ni sambil aku terbayangkan ketebalan filet zinger dia tu. Sumpah kenyang seminggu lepas makan hahaha. K tipu. Yang seriusnya ambik set sahaja pun dah cukup tak payah tambah yang lain-lain. Sekali ngap memang kenyang ibarat makan empat ketul ayam kfc. 

Bagi aku pedas dia dah cun sebab mungkin dari filet spicy. Lagi best kot kalau sos keju dia yang lebih dan meleleh sebab macam terlalu kering. Emm kena add ons cheese la pulak 😂

Korang kena try sekali tau Zinger Double Down Burger sebelum limited time dia berakhir.

Rating : 4/5

COOLBLOG'S OREO SMOOTHIES SERIES 


Zinger Double Down and Oreo Smoothie Series Review

Selalu lepas lepak habis teman ibu beli barang dapur kat mall aku mesti akan singgah coolblog untuk hilangkan lelah tolak troli haha. For sure flavour favourite aku is vanilla or banana milkshake. 

Kalini saja bertukar angin dan aku beli tiga jenis flavour dari oreo smooties series dan semestinya bukan untuk di minum sorang ye. Harap maklum. 

BANANA CHOC OREO SMOOTHIE
Disebabkan aku kan peminat banana nak jugak beli yang berkait banana. Haha tapi sayangnya kurang sedap sebab rasa chocolate dia lagi kuat dari banana. Aku memang off dengan minuman bercoklat. Cepat muak.

Rating: 2/5

ORIGINAL OREO SMOOTHIE
Pergi memana memang cari vanilla so yang ni pun tak nak missed untuk try. Yang ni biasa je rasanya vanilla dan oreo blended, so far not bad dan sedap okey.

Rating: 4/5

CUPPUCCINO OREO SMOOTHIE
Recommended! Untuk coffee lover memang kena try kot. Best best best. Haa nampak bersungguhnya aku nak katakan yang ianya superb best. Aku bukan seorang coffee lover so memang kurang sikit je bila berkait dengan coffee tapi untuk ini aku boleh go bermakna okey letuww.

Raing: 4/5


Senarai harga untuk Oreo Smoothies Series

Banyak lagi perisa yang aku nak try especially minty choc dan chocolate chip tapi disebabkan berkait chocolate maybe next time jelah kot hihi.

Emm tengah orang duk hangat bercerita tentang kesedapan Double Zinger Down. McD pun tak nak kalah uolls dan keluarkan jugak something new. Spicy Korean Burger yang katanya pedas gila sampai hitam terbakor bun tu oi 😂

Tapi ada pulak review yang katanya ...


Haa betul ke ni? Dah cuba belum ketiga menu tu, kalau dah korang punya review pulak macam mana?

Komen lah sikit.

4 comments

  1. Ramai dh cuba. Kak ana belum lagi. Selalu dh hambar br lah kak ana dpt merasa :)

    ReplyDelete
  2. busyra belum pernah cuba lg... tringinnnn.

    ReplyDelete
  3. KFC Zinger Down sedap jugak bagi akak. Cuma terlalu besar dan bila makan ayam semata jadi jemu pulak. Hee.

    Akak tak pernah rasa lagi coolblog tu..

    Baru je makan McD Spicy Korean Burger semalam. Akak suka!! Tak pedas sangat :D

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.