MAKIN MENGHAMPIRI GARISAN PENAMAT

Makin Menghampiri Garisan Penamat
Assalamualaikum, alhamdulillah harini kita dah masuk 15 ramadhan, separuh akhir ramadhan dan masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk bangkit bernafas lalui hari-hari ini sama seperti hari yang sebelumnya. Jauh disudut hati aku bersyukur yang amat sangat sebab masih dapat tengok orang yang aku sayang masih ada bersama aku masih berada disekeliling aku.

Tapi agaknya sampai bila?

Dua tiga minggu ni banyak sangat dengar berita kematian. Meruntumkan jiwa dan raga aku. Walaupun aku tak pernah kenal pun siapa mereka jauh sekali bertentang mata bersua muka tapi aku boleh menangis teresak bila baca kisah pemergian mereka.

Instagram @syahid_bintangsyurga


Anak sulung kepada Bazli Hazwan, ahli kumpulan nasyid UNIC. Berusia 4 tahun dan disahkan mengidap kanser lymphoma sejak penghujung tahun 2016 dan seorang mild-autism. Comel sangat! Kalau yang selalu follow up cerita adik Syahid ni memang tak mencirikan langsung dia macam anak autism semua kelihatan sama seperti kanak-kanak yang normal. Dengan gelagat dia yang aktif, kepetahan adik Syahid sambungkan bacaan surah lazim bersama ayahnya (featuring Bazli UNIC) langsung tak menunjukkan tanda dia seorang autism. Tapi autism ni merupakan sejenis gangguan perkembangan saraf yang kompleks dalam interaksi sosial, komunikasi, dan perilaku yang terbatas. Mereka ini golongan istimewa yang bersih tanpa titik dosa. Yang sangat menyentuh hati aku bila tengok kecekalan dan ketabahan seorang ayah menjaga anaknya yang sedang berperang dengan kanser tahap 4 dengan penuh kasih sayang. Sebak. Baru je bergembira dengan kejayaannya dalam konsert GGV untuk syahid bulan lepas, pada bulan mulia ni Allah memanggil syahid untuk pulang. Betapa bertuahnya si ayah dan si ibu dengam saham akhirat yang telah ditinggalkannya. InshaaAllah. Bergembira dan selamat pulang wahai bintang syurga.


Instagram @shearasol


Seorang fashion blogger, youtuber dan pengacara juga businesswoman yang membawa jenamanya sendiri. Betapa beruntungnya Shea Rasol kerana perginya dirinya meninggalkan dunia pada hari Jumaat dalam bulan mulia setelah beberapa bulan  melawan kanser uracal yang baru je diketahui nya tahun ni beberapa minggu sebelum hari kelahirannya. Boleh bayang tak betapa sedihnya jika kita ditempatnya. Aku pasti dalam kalangan blogger sendiri pasti mengenali pemilik blog My Amethyst. Aku mula familiar dengan Shea Rasol dari rancangan SIS tv3 tv9 yang digandingkan bersama Heliza Helmi dan Bella. Aku lebih kenal dia sebagai pengacara tv instead blogger huhu. Aku suka dengan keakraban dan kimia antara mereka dalam rancangan SIS dengan bawakan fashion muslimah yang sangat kontemporari. Walaupun aku tak selalu up to date tentang cerita mereka tapi pemergiannya turut dirasai tempiasnya. Yang sangat merasainya her BFF Heliza Helmi. Boleh tengok sendiri setiap post instagram Heliza, pasti diselitnya tentang Shea dan buat aku rasa sebak bila baca. Sangat aku ship dengan persahabatan mereka. Ramai yang sayangkan Shea Rasol. Semoga rohnya bahagia disana.

Dari Hudzaifah R.A, Rasulullah SAW menjelaskan tentang orang yang meninggal dalam keadaan beramal,

مَنْ قَالَ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ

Siapa yang menyatakan Laa ilaaha illallah ikhlas mengharap wajah Allah, dan dia akhiri hidupnya dengan ikrar ini, maka dia masuk syurga.
Siapa yang berpuasa dengan ikhlas mengharap wajah Allah, dan dia akhiri hidupnya dengan puasa ini, maka dia masuk syurga.
Siapa yang sedekah dengan ikhlas mengharap wajah Allah, dan dia akhiri hidupnya dengan sedekah ini, maka dia masuk syurga. (HR. Ahmad 23324 dan disahihkan Syuaib al-Arnauth).

Dari Abdullah bin Amr bin Ash R.A, Rasulullah SAW bersabda,

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلاَّ وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ
Setiap muslim yang meninggal di hari jumat atau malam jumat, maka Allah akan memberikan perlindungan baginya dari fitnah kubur. (HR. Ahmad 6739, Turmudzi 1074 dan dihasankan al-Albani).

Selalu kita dengar orang kata, beruntungnya mereka yang diambil nyawanya pada dua waktu iaitu Jumaah Barakah dan Ramadhan Kareem. Semoga diampunkan segala dosa mereka dan ditempatkan bersama orang amal soleh. Aamiin.

Dan peringatan juga buat diri sendiri yang selalu leka ni.

 كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ - PERBANYAK MENGINGAT KEMATIAN
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan baru pada hari kiamatlah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
(QS Ali'Imran: 185)
Nasib kita pulak macam mana? Kita juga makin menghampiri garisan penamat.Waallahualam.

7 comments:

  1. Entah bila masa kita, apatah lagi org sekeliling kita.. Rahsia Allah yg menyedihkan tapi bukti keagungan-Nya..

    I don't really know Shea since I don't really watch movie and from how much people had been saddening of her lost, I believe she must be such an amazing woman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaALLAH. Moga pengakhiran kita juga baik baik saja nanti.

      Delete
  2. Sedihh tiapkali puasa mesti ramai orang yang meninggal dunia.. 😭
    Husniey pun pernah merasai dua kali orang tersayang meninggal dunia pada Ramadhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, rezeki mereka terpilih dalam bulan mulia. InshaaAllah moga kita juga dapat pengakhiran yang baik. Husnulkhotimah..

      Delete
  3. Kak ana pun terkesan sampai rasa takut pun ada. Bila masa kita pun kita tak tahu kan. Semoga kita mati dengan khusnul khotimah hendaknya.

    ReplyDelete
  4. Giliran kita entah bila agaknya.

    ReplyDelete
  5. Siqah terkesan dengan ayat dalam gambar pertama entri ini. Entah bila masa kita dan bagaimana agaknya kita pergi.

    Siqah kenal arwah Shea selepas dia tiada. Kawan ada cerita dan baru buka blog Shea baca mengenai dia berlawan kanser dan beberapa hari lepas tu, dia sudah tiada.

    Rezeki mereka dipilih untuk pergi dalam bulan Ramadhan. Al Fatihah..

    ReplyDelete