GIVEAWAY RAMADHAN & SYAWAL 2017

gbGIVEAWAY RAMADHAN & SYAWAL 2017


Ewah ewah ewah dah fikir pasal puasa raya ya cik kak. Hahaha sila bawa bertenang rakyat jelata! Harini tarikh dalam kalendar matsaleh 29 Mac 2017, dalam kalendar islam pulak bersamaan 1Rejab cik akak cik abang oi. Haa tahu ke tidak ? Rejab-Syaaban-Ramadhan. Hui macam dah tak lama kan bunyinya. Ke aku sorang je yang terlebih eksaited ni. Arghh biarlah ! 

Tujuan asal nak anjurkan segmen kedua untuk blog aku, Giveaway Ramadhan & Syawal 2017 untuk sahabat-sahabat blogger. Giveaway apa? Duit raya ke? Ehem sorang singgit boleh? Tak mampu hakak dek non oi kalau nak kasi semua. Jadi bagi menggantikan duit raya hakak nak kasi Custom eCards Raya je dekat korang. Yelaa zaman sekarang orang dah tak pakai pos hantar kad raya. Kalau ada pun minoriti je dan betul-betul klasik punya orang ni (hiks jangan marah naaaa). Takde nak susahkan abang posmen kena pergi satu rumah ke satu rumah tengah panas terik tu, sekarang zup zap zup zap sent received read bluetick. Ehh ! 5 orang peserta akan dipilih dan boleh request apa-apa design yang bermain di benak fikiran dan segala kerenah korang akan dilayan (hahaha nasib lah aku).

TERMA & SYARAT :

1. Kena follow BLOG dan GOOGLE+ Ira ( jangan ngelat haaa)
2. Buat satu entri dan ceritakan nostalgia puasa zaman kanak-kanak anda yang tak dapat dilupakan dengan tajuk "Giveaway eCards Raya ; Nostalgia Puasa Zaman Kanak-kanak".
3. 5 blogger akan terpilih untuk Custom eCards Raya / eCards Raya Rumah Terbuka (jika ada)
4. Ada lagi ! Semua peserta akan dimasukkan ke dalam senarai bloglist sepanjang Ramadhan dan Syawal ( yang memenuhi syarat sebagai tanda penghargaan)
5. Tarikh bermula 29 Mac 2017 (1 Rejab 1438H) dan akan tamat pada 26 May 2017 (29 Syaaban 1438H)
6. Tag beberapa blogger lain untuk ajak sama flashback zaman nakal-nakal mereka.
7. Dah tu ajelah. Jangan lupa backlink banner dan tinggalkan link penyertaan anda.

**UPDATE ; Kalau boleh nyatakan sekali "blog author" korang ye supaya tak ada salah faham (padahal korang dah follow bejaman blog Ira ni huhuhu).

Selamat bersegmen semua 🌹 

8 comments:

  1. Wahhhh macam menarik ja GA macamni! hehehehe boleh join nanti ni.

    ReplyDelete
  2. Wahhh Ira semangat berpuasa dan raya dah berkobar nampaknya 😁 hihi

    ReplyDelete
  3. done...
    saya join...
    http://aimanziyad.blogspot.my/2017/03/giveaway-ecards-raya-nostalgia-puasa.html

    ReplyDelete
  4. laaa nak raya dah ke hakhakhak. In Shaa Allah elsa join nanti tau :*

    ReplyDelete
  5. InshaAllah pasti ramai yg join sbb best! hehe <3

    ReplyDelete
  6. saya join eh hehehe

    http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/04/giveaway-ecards-raya-nostalgia-puasa.html

    ReplyDelete
  7. Salam. Cikla join..

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/04/giveaway-ecards-raya-nostalgia-puasa.html

    ReplyDelete
  8. Bismillah. BLOG EYJA join! :)

    http://www.blogeyja.com/2017/04/giveaway-ecards-raya-nostalgia-puasa.html

    ReplyDelete