RESEPI SIHAT SALAD SAYUR CAMPUR DENGAN SOS THOUSAND ISLAND

16 February 2017

SALAD SAYUR CAMPUR DENGAN SOS THOUSAND ISLAND
Fuhh macam panjang je nama resepi diberi kali ni. Padahal menu simple mimple ajo. Dah lama rasanya tak update pasal resepi dan banyak sebenarnya resepi yang tertangguh atas alasan gambar missing in action. Dahtu lelama tinggal aku pun ingat lupa je cara buat. Haiyaaaa !

Taknak lupa lagi sebagai mukadimah nak kongsi satu resepi salad campur versi dan kegemaran aku (yang bukanlah seorang vegetarian sejati hokehh).

 Bahan-bahan ;

SALAD SAYUR CAMPUR DENGAN SOS THOUSAND ISLAND

+ salad bulat
+ kobis ungu
+ brokoli
+ tomato ceri
+ cili padi
+ telur
+ sosej
+ ayam goreng

*tiada sukatan spesifik hanya ikut kuantiti selera memasing ye.

Caranya ;

Dah nama pun salad sayur so watak utama haruslah sayur kan? Takkan nasi pulak. K hambar. Basuh bersih semua sayuran tu untuk elakkan keracunan yang tidak diingini dan rendam dengan air garam untuk beberapa minit. Kenapa kena rendam? Petua kawan aku masa belajar dulu, katanya dapat bunuh bakteria atau ulat sayur yang bersembunyi. Entah betul entah tidak tapi aku amalkan je tiap kali basuh sayur ehehe.

SALAD SAYUR CAMPUR DENGAN SOS THOUSAND ISLAND
Hiriskan nipis salad dan kobis sampai jadi macam gini ghupe. Siap hiris ketepikan dulu kejap.


SALAD SAYUR CAMPUR DENGAN SOS THOUSAND ISLAND
Brokoli pulak aku celur dulu dengan air rebusan supaya lembut dan dek kerana malas punya pasal aku masukkan je sekali sosej dalam periuk tu haa. Maka terjadilah seperti peribahasa yang berbunyi dalam periuk bikin muafakat. Gitew !


SALAD SAYUR CAMPUR DENGAN SOS THOUSAND ISLAND
Sambil tu kita move buat ayam guring pulak. Biasa buat salad sayur ni aku campur dengan ayam goreng biasa je, kalini je ayam goreng special sikit versi krup krup. Special ker?

Bahan buat dia tak ada menyusah pun lah, ayam + tepung kentucky + telur.  Gaul, celup, goreng dan cincang maka terhasilnya seperti gambar dia di atas.


SALAD SAYUR CAMPUR DENGAN SOS THOUSAND ISLAND
Telur. Akan ada dua versi yang aku buat. Satu rebus. Satu lagi scrambled. Yang scrambled tu faham-faham jela masa mood malas dia tahap syaitonirojim. Jangan risau versi kali ni telur telah di rebus sesiap oleh ibu. Thankyouuu bu!

Telur, sosej, brokoli dan cili tadi di hiris mengikut selera dan kreativiti sendiri ye. Takde hukum diletakkan dont worry. Selalunya lagi, tomato ceri pun akan turut sama beraksi cuma kali ni aku tak beli pulak buat stok. Hilang seri satu warna. Hew.

Jap. Tak lupa kepada watak pembantu utama ye.

SALAD SAYUR CAMPUR DENGAN SOS THOUSAND ISLAND.
Taraaaaaaa.

Dah snap snap gambar dia awal lagi. Kalau agak tak ada sos ni kat rumah boleh je homemade. Sumber asal resepi thousand island dressing http://rempahratus.blogdrive.com/archive/616.html tapi aku ada ubah sikit ikut selera anak tekak nak yang macam mana. Nak ikut silakan taknak sudah.

+ 2 cawan mayonis
+ 2 biji telur rebus dilenyek hancur
+ 3/4 cawan cili sos
+ 1/2 cawan tomato sos
+ 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam *optional

p/s : gaulkan bahan di atas dalam sebuah bekas atau blend sekali. Simpan dalam peti dalam bekas kedap udara.


SALAD SAYUR CAMPUR DENGAN SOS THOUSAND ISLAND
Disebabkan aku dah ada sos segera aku hanya remark la cara buat tu di sini. Okey next, bila dah ada lengkap semua bahan. Masukkan aje bahan yang dihiris tadi dalam satu mangkuk dan simbahkan bersama sos thousand island. Kemudian gaul gaul gaul kasi sebati.

Siap dan sudah boleh dimakan.


SALAD SAYUR CAMPUR DENGAN SOS THOUSAND ISLAND
Rupa tak penting asalkan rasanya ada hihi

Malam ni kita diet tak payah makan nasi. Pheww percaya lah sangat cakap aku. Takde istilah diet pun dalam kamus hidup makan je selagi berselera. Part yang paling best kan nasi penuh pinggan pun berat selalu maintain tak lebih 50 kilo haaa jelous letewww. Tapi serius makan macam ni pun dah boleh kenyang sebenarnya. Selamat mencuba menu "diet lah sangat" dari aku kepada yang sedang gigih berdiet di luar sana. Rosak bahasa :p

3 comments

  1. Sedapnya ira. Boleh jadi menu pengganti nasi. Kenyang pun kenyang.😘

    ReplyDelete
  2. Tengah2 pagi buta ni terliur tengok salad awak, nyumnyum.

    ReplyDelete
  3. Sedapnyer..nk cuba..tq utk resepi ni..jmput singgah blog saya ye.. dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete

© MEANT TO BE. Design by FCD.