PENGALAMAN; UJIAN BERTULIS PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

by - 23:24

Ujian Bertulis PTM FA29

Assalamualaikum.

Sesungguhnya minggu yang sangat mendebarkan dan menakutkan aku dah pun berakhir. Ceyy menakutkanlah sangat ! Mana tak takut oi minggu ni saja aku dah lalui dua jenis peperiksaan untuk dua jawatan berbeza. 5hb haritu peperiksaan online SPA8i untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N19. Harini pulak ujian bertulis Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 dekat UniSZA. Sehubungan itu (cey ayat), aku nak membebel lah sikit tentang pengalaman pertama aku untuk ujian bertulis ni. Mana lah tahu kan kot kot ada point penting yang boleh ambik diguna pakai untuk calon FA29 seterusnya walaupun aku pasti banyak bebel dari pointnya (bajet blog kau pemes je syahirah wuuu).

Takpe sekurangnya aku harap dapat bantu yang sedang gali cari tak dapat tolong banyak sikit pun okey sebab aku faham sangat perasaan bila google buat research pengalaman atau contoh soalan pasal jawatan ni banyak yang ntah pape keluar. Aku antara salah seorang mangsa itu. I feel you bruh !

Pagi ahad lepas tengah syok buat kerja aku dapat call dari nombor yang tak dikenali. Sejenis aku sebenarnya suka silent mood phone dan payah nak angkat call dari nombor pejabat yang tak dikenali. Bukan apa sebab aku takut call dari bank atau ntah dari mana-mana yang cakap ntah pape. Tapi haritu ntah macam mana aku tengok call naik tanpa fikir dua tiga kali terus jawab (nasib lah masa tu phone ada atas meja). Angkat dan hello, seorang perempuan mulakan bicara bila dia sebut nama penuh aku. Blablabla dia kenal kan diri dia dahtu baru bagitahu minta aku datang uniSZA tarikh masa tempat sekian sekian untuk ujian bertulis jawatan FA29 (kejadian harini letuww). Terkedu bukan kepalang lah bila tahu aku terpilih dan tercalon. Sebak oi walaupun ni hanya sekadar saringan pertama! Kalau lulus ujian baru akan ke next step, temuduga.

Bukan kali pertama lah aku isi jawatan kosong dalam sektor sektor kerajaan ni, dah banyak kali mencuba nasib cuma baru ni kali pertama rezeki terpijak tambahan pulak di UniSZA. Dekat sangat dah dengan rumah kalau dapat jawatan ni. Mudah-mudahan. Kata ketua pegawai yang jaga ujian aku tadi tu, calon yang datang harini adalah tapisan komputer. Rupanya pemarkahan kreatiria dah bermula dari mula-mula lagi kita isi maklumat diri dan latar belakang semasa isian online. Jadi, #tips1 semasa isi maklumat pastikan isi dengan betul. Kalau ada 10 pages form yang kena diisi sekali pun maka isi lah seikhlas hati anda. Jangan ngelat dan malas k sebab sendiri rugi.

So, dalam masa 4 hari je aku buat persediaan apa yang patut. Aku google cari maklumat cari contoh soalan cari cara menjawab dan macam-macam yang aku cari tapi satu dua je yang membantu yang lain kelaut. Contoh-contoh soalan yang ada dalam internet semua berformatkan soalan SPA untuk jawatan yang sama. Aku boleh agak sendiri jelah yang aku juga akan jawab format soalan yang sama. Ada bahagian A (pengetahuan am) dan bahagian B (penyelesaian masalah). 




Hari yang mendebarkan sudah tiba. Aku datang awal setengah jam untuk pendaftaran. Nahh #tips2 tolong la datang awal ye dekat ke jauh ke rumah dari tempat ujian tu. Datang awal ke tempat ujian untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku sebabnya taklaa kelam kabut sangat bila sampai. Macam ada saudara yang sama penjawatan dengan aku nama dalam senarai ada tapi surat tawaran dipanggil ujian takde. Haaa kan naya tu ! Dah siap daftar masuk dewan dan cari tempat duduk yang anda selesa ikut penanda arah yang disediakan mengikut penjawatan. Macam aku harini ada 5 ujian penjawatan jadi jangan pulak sampai salah masuk lane orang tau.




Soalan kertas 1 akan diedarkan. Masa ni memang betul-betul teringat situasi zaman belajar haritu tapi bila tengok orang kiri orang kanan aku tak kenal pun siapa mereka. Rupanya dah hampir setahun tinggalkan kenangan 'dewan peperiksaan' tu hmm. K aku kembali pada dunia nyata !

Seperti yang aku jangka format ujian memang kena tepat pada sasaran. Kiranya aku dah dalam mood ready untuk menjawab acah persediaan yang secukupnya giteww. Dalam bahagian A berkaitan pengetahuan am soalan akan merangkumi sesuatu yang terlalu umum. #tips3 disebabkan soalan yang terlalu umum jangan disangka soalan yang keluar hanya fokus pada kerajaan, sejarah negara, sukan, maklumat ict (untuk penjawatan FA29). Sebenarnya latar belakang tentang tempat yang kita hadiri ujian pun perlu dikaji. My bad, aku takde pun buat pembacaan khusus pasal uniSZA. Buka website dia sekadar sekali imbas tu pun sebab nak cari contact number. Sekali soalan pasal uniSZA keluar haaaa termenung seminit aku. Semua soalan untuk bahagian A 30 soalan dan jawapan objektif.

Bahagian B pasal kira-kira. Soalan mudah je siapa yang minat math pejam mata pun boleh jawab aku yakin hihi. Soalannya bertaraf SPM dan untuk bahagian ni semalam sebelum ujian aku ada buat ulangkaji dengan Pika (adik aku yang baru je habis spm dan kepala gila math). Ingat balik konsep dan formula math yang dah lama berzaman ditinggalkan. Kalau study soalan memang beku otak tak dapat nak hadam dengan sebaiknya. Yelaa math ni nak mahir kena buat latihan hari-hari. Alhadulillah aku rasa aku mampu jawab semua soalan math tapi sayang hanya 20 soalan je yang diperuntukkan untuk bahagian B.

Aduhai lemah semangat bila fikir. Masa menjawab 50 soalan selama 1 jam untuk kertas 1. Aku berjaya menjawab semua tu selama 45 minit je tau. Kahkah nada riak takabur betul ni :D


Image result for 2 images

Sejujurnya untuk kertas 2, persediaan aku sangat tak semegah ! Aku tak sangka soalan yang ditanya tak seperti yang aku bayangkan. Pencarian aku di google bagitahu akan ada ujian untuk psikometrik. Aku beranggapan ye soalan psikometrik jelahhh. Sekali keluar berkaitan pseudocode dan pengendalian os. Haa sudah lah aku study rambang rambang je berkaitan code. Pasrah betul aku dengan soalan kertas 2 ni. #tips4 kalau dah nama pun datang tu untuk ujian bertulis penolong pegawai teknologi maklumat TOLONGLAH study bebanyak pasal code-code yang sepatutnya. Dah nama lagi teknologi maklumat memang skop kerja berkaitan pembangunan sistem kan, dan sah-sah coding tu makanan asas dia. Hmm my bad kuasa dua ! Maka dengan perasaan redha je aku menjawab soalan untuk kertas 2. Huahuahuaaaaaaa.

Kalau ada rezeki terpijak lulus ujian tadi maka terpanggil lah aku untuk ke temuduga. Doa dan minta yang baik-baik je. Ada rezeki alhamdulillah. Takde pun anggap je sebagai pengalaman dan pengajaran untuk masa akan datang. Sekurangnya persediaan akan lagi lebih. Yedak? 

Jadi kepada sesiapa yang tercalon untuk ujian bertulis apa-apa jawatan sekalipun pastikan tahu  main scope jawatan yang bakal kita pegang tu dan buat lah persedian lebih selebihnya ke arah itu. Doakan saya berjaya ye dan selamat berjaya juga untuk kamu ! 

p/s : next entri kalau ada kerajinan aku post pasal pengalaman jawab peperiksaan online spa8i pulak okey.

Selamat malam, bye.

You May Also Like

0 comments